Apa peranan penaja di sebalik pengunduran Sepp Blatter?
- New Yorker
- Jun 3, 2015
- 1 min read

Sepp Blatter yang terpilih menjadi presiden FIFA untuk kelima kalinya di Zurich, Sabtu lalu mengundurkan diri setelah pegawainya ditangkap dengan tuduhan rasuah Pengkritik media warga Inggeris, John Oliver, berpendapat satu-satunya pihak yang boleh menyingkirkan Presiden FIFA adalah para penaja.
Sebelumnya, 14 orang termasuk tujuh pegawai FIFA ditangkap di Swistzerland atas tuduhan pemerasan, penipuan dan pengubahan wang melalui bukti pemindahan akaun dan sogokan wang.
Mahkamah Agung Amerika Syarikat menduga rasuah berasal dari kontrak-kontrak penyiaran yang bekerja sama dengan FIFA. Misalnya, Fox, Telemundo, TSN Kanada dan beberapa syarikat lain seperti Mc Donald, Budweiser, Nike, Adidas, Visa, Coca-Cola, dan Hyundai. Oliver juga menawarkan penaja kepada FIFA, jika mereka dapat menarik sokongan dari organisasi dan membantu menyingkirkan Blatter.
Oliver mengatakan pendapatan terbesar FIFA berasal dari hak siaran media.
"Pendapatan yang dihasilkan oleh hak media dan pemasaran yang berkaitan dengan bola sepak merupakan sumber penting pendapatan syarikat," dalam surat dakwaan. Menurutnya, jika FIFA dituduh melakukan pengubahan wang, tanggung jawabannya akan jatuh ke syarikat yang mungkin telah memberikan wang.
"Penyiasatan menunjukkan adanya hubungan kuat antara wang penaja dan suap," kata seorang profesor unang-undang bidang sukan , Robert Boland. "Pertanyaannya, apakah penajaan itu wajib?"
Comentários