top of page

Selepas tersingkir, Pengurus England Hodgson letak jawatan

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 28, 2016
  • 1 min read

NICE: Pengurus England, Roy Hodgson meletakkan jawatan sejurus dikalahkan Iceland dalam pusingan kedua Piala Eropah 2016.

Three Lions kalah 1-2 dalam perlawanan tersebut.

"Kontrak saya dengan pasukan kebangsaan England memang akan habis setelah Piala Eropahini. Jadi, sekarang waktu yang tepat bagi jurulatih lain untuk mengawasi skuad muda yang penuh baket dan lapar juara ini," kata Hodgson seperti dilaporkan Sky Sports.

"Para pemain sudah tampil dengan fantastik. Mereka melakukan semua yang saya minta. Saya ucapkan terima kasih atas sokongan dan dedikasi yang sudah mereka berikan. Saya juga berterima kasih pada staf penyokong, FA dan tentu saja penyokong England," kata pengurus 68 tahun itu.

"Ini jadi perjalanan yang luar biasa. Selama empat tahun terakhir, saya boleh melihat karier dengan bangga. Saya juga minta maaf kerana England harus berakhir seperti ini," ujarnya.

Hodgson mulai menangani England pada 2012 lalu. Di bawah kepemimpinannya, prestasi Three Lions memang sama sekali tidak boleh dianggap membanggakan.

Dalam Piala Dunia 2014 lalu, England bahkan sudah tersingkir di peringkat kumpulan.Sementara di Piala Eropah 2012, England juga hanya layak ke suku akhir.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page