top of page

Rafidah: Umno mengalami  "Umno-exit"

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jul 1, 2016
  • 2 min read

KUALA LUMPUR: Umno tidak boleh hanya bersandarkan kapada sentimen perjuangan lama kerana suasana politik, sosial dan ekonomi memerlukan strategi serta penekanan yang berbeza.

Bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz berkata, jika United Kingdom melalui peristiwa "Brexit" nya, dengan referendum untuk keluar dari Kesatuan Eropah, Umno mengalami "Umno-exit" . Sama ada penyingkiran beberapa pemimpin Umno atau ada yang sendiri meninggalkan parti, katanya.

"Umno dalam setengah abad yang lalu , telah mengalami pelbagai peristiwa dan gegaran. Setiap peristiwa secara berterusan telah menghakis kekuatan dan ketahanan parti ,terutama dengan semakin ramai anak muda yang tidak kenal dengan perjuangan Umno masa lalu," tambahnya Rafidah menambah, sekarang nyata sudah berlaku "perperangan terbuka" dengan kata-kata kesat dikeluarkan.

Dendam sudah menjadi asas dengan setiap pemimpin mencuba sedaya upaya untuk menujukkan pemimpin yang satu lagi betul-betul huduh dan buruk, katanya.

"Masing-masing menconteng arang ke muka antara satu dengan yang lain, hingga setiap yang terlibat nampak begitu huduh dan buruk kepada awam," tambah beliau.

Menuurt Rafidah, pasti ramai yang beranggapan bahawa tiada seorang pun pemimpin " yang betul " dan mengaggap "semuanya tak bolih pakai."

Ini kerana pemimpin sendiri mencacai dan memburuk-burukan sesama sendiri, katanya. Adakah ini matlamat perbalahan antara pemimpin dalam Umno dan mengapa dibiar dendam dan sakit hati menjadi pendorong tindakan?

"Umno sudah pernah diharamkan. Orang Umno telah menubuhkan parti politik sendiri dan menentang Umno.

"Mengapa dibiarkan permusuhan menular dalam parti sehingga kawan jadi lawan dan lawan dibawa tidur sebantal?

"Tidakkah kita belajar dari masa lepas, dari peristiwa pahit yang telah banyak menjejaskan parti," kata Rafidah lagi.

Katanya, sepatutnya kita yang telah lama dalam Umno, menunjukkan contoh kepimpinan yang baik, supaya anak muda menjadi tokok tambah kapada kekuatan Umno.

Katanya, isu dan masaalah yang menjadi perhatian dunia , yang perlu diselesaikan supaya tidak terus terjejas kredibiliti kepimpinan parti dan kerajaan.

Beliau berkata, yang betul tetap betul, yang salah tetap salah. Bagaimanapun, penyelesaian tidak akan diperolehi dengan cara perbalahan dan dendam peribadi tetapi mengeruhkan lagi keadaan.

"Pemimpin2 dimasa lalu juga berseliseh faham. Tetapi antara mereka menganggap saperti air yang di cincang tidak akan putus..

"Jangan dibiarkan masaalah yang menular itu menyebabkan ahli sendiri kecewa . Apatah lagi orang Melayu dan rakyat," katanya.

Berperang sesama sendiri , didorong olih dendam dan mungkin juga ego ,merugikan parti.

Tag: Bahasa, Umno, Rafidah Aziz


 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page