PAS: Guan Eng tidak bersalah sebelum mahkamah putuskan
- magedamuda
- Jun 30, 2016
- 1 min read

KUALA LUMPUR: PAS menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pendakwaan dan mahkamah untuk membuat keputusan terhadap kes Lim Guan Eng.
Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah, kata Setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan.
“Kita asyik bercakap berkenaan rasuah dan penyelewengan, jadi kita serahkan kepada SPRM sebagai badan pendakwaan dan pihak mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya dipetik Astro Awani.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta tidak terlalu awal menghukum Lim Guan Eng berhubung penahanan tersebut.
“Kita tidak mahu menghukum terlalu awal lagi. Sekiranya ada tindakan susulan… tindakan mahkamah dan sebagainya, beliau ada peluang untuk membela diri.
“Tidak ada sesiapa yang boleh lepas daripada tindakan undang-undang di Malaysia,” katanya dipetik mStar
Comments