Najib bijak eksplotasi rakyat
- magedamuda
- Jul 2, 2016
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Najib Razak bijak mengeksplotasi rakyat dengan kenaikan harga minyak menjelang Aidilfitri, kata bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin.
Seluruh negara kereta sesak untuk mengisi minyak, inilah peluang besar sekali setahun untuk mengeksplotasi rakyat yang berada dalam keadaan terpaksa, katanya.
Beliau berkata, meski harga minyak naik tetapi rakyat tidak mengelakkannya kerana semangat pulang ke kampung.
"Manakala perasaan kaki tangan kerajaan pula ditutup dengan pengumuman kenailkan gaji, gaji minuman swasta dan cuti tambahan pada 8 Julai," katanya.
Zainuddin yang dikenali dengan panggilan Zam berkata, beliau mengingatkan rakyat supaya jangan lali di atas usaha memeras mereka untuk membantu kepincangan ekonomi negara. Dan katanya, ini pendedahan keadaan ekonomi sebenar.
"Tahniah Najib (RazaK) kerana bijak mengeksplotasi rakyat," katanya.
Comments