top of page

Media Sepanyol desak del Bosque letak jawatan

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 29, 2016
  • 1 min read

MADRID: Media-media Sepanyol mengecam pasukan bola sepak dan meminta Vicente del Bosque meletakkan jawatan, lapor Reuters.

Juara bertahan Piala Eropah tersingkir selepas kalah kepala Itali 0-2.

"Gagal" kata sebuah akhbar di Barcelona. Media El Mundo Deportivo mengejek "La Roja" dengan tajuk berita "La Floja" (Sang Lemah).

Media The Madrid yang berpusat di Amerika Syarikat menulis "Akhir dari Era" dan mengatakan Del Bosque harus pergi.

"Ini waktunya menyerahkan tongkat kepada Caparros (bekas jurulatih latih Sevilla) ," kata The Madrid.

Maklumat tambahan mengatkan Caparros telah menolak tawaran melatih Betis, Valencia dan Alaves untuk menjadi jurulatih nasional.

Caparros menjadi calon kuat menggantikan Del Bosque yang sudah berusia 65 tahun.

"Gugur dengan mudah dan terlalu awal keluar dari kejuaraan sejak Piala Dunia 2014 adalah pertanda akhir Del Bosque," kata El Mundo Deportivo.

Muka depan media Marca tertulis: "Kami tidaklah yang terbaik lagi, 2008-2016."

"Itu semua bermula dan berkhir dengan Itali," kata akhbar itu.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page