Umno tidak lagi mampu bela generasi muda, kata tokoh wartawan veteran
- magedamuda
- Jun 29, 2016
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan veteran, A Kadir Jasin berkata, Umno yang ada hari ini tidak lagi mampu menjamin kehidupan generasi anak dan cucunya.
Bagi saya, era Umno sudah berlalu, begitu juga PAS, katanya yang pernah menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar The New Straits Times.
"Cara Umno dan PAS mengepung dan mengandangkan orang Melayu-Islam dengan menggembar-gemburkan sentimen bangsa dan agama tidak boleh diterima lagi.
"Jika diteruskan ia akan mengepung orang Melayu-Islam dalam penjara minda yang semakin hari semakin sempit, mundur, jumud, tidak bertoleransi dan anti-kemajuan.
"Kita perlu tabur angin perubahan supaya kita boleh melayari ombak perubahan," tambah beliau. Menurut A Kadir, dulu ramai orang Melayu menjadi ahli Umno kerana talian sejarah, parti keturunan dan merekalah ahli sebenar Umno.
Berbeza hari ini, ramai ahli Umno adalah ahli rekrut, ahli yang diheret masuk hinggakan ada yang tidak tahu pun yang mereka ahli Umno.
Nama mereka didaftarkan oleh ketua cawangan dan yuran dibayar bagi pihak mereka, katanya. Bagaimanapun, kata A Kadir, kalau hendak keluar Umno eloklah buat secara rasmi supaya Presiden Umno, Najib Razak tahu.
Kadir menambah, beliau sudah meulis surat kepada Umno bahawa beliau keluar dari parti itu.
Comments