"Ada umat Islam mempertahankan ultra kiasu Kristian Evangelis"
- magedamuda
- Jun 27, 2016
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Ada umat Islam mempertahankan ultra kiasu Kristian Evangelis hanya mendapat bantuan RM2,000, kopi, teh dan susu, kata pendakwah bebas Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Katanya, mereka bersandiwara memakai baju kurung dan bertudung ketika masuk ke surau dan masjid untuk menyampaikan bantuan kepada umat Islam setiap kali Ramadan.
Beliau berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini.
"Orang ramai supaya mendekati hati budi ultra kiasu itu sama ada mereka benar-benar rela berpakaian sedemikian, khususnya setiap kali dewan bersidang,"katanya.
Ridhuan berkata, beliau dituduh penghianat bangsa hanya kerana bercakap benar mengenai bangsa saya sendiri.
Dituduh mahu menjadi orang Melayu atau lebih Melayu daripada Melayu, katanya.
Beliau juga mendakwa ultra kiasu memandang rendah orang yang lebih gelap kulitnya.
"Mereka cuba mengelak untuk berjiran dengan orang sebegini. Mereka lebih selesa dengan kalangan yang lebih cerah seperti orang putih. Sebab itu, mereka lebih suka berhijrah ke negara kulit putih daripada kulit hitam.
"Kehidupan mereka hari ini lebih orang putih daripada orang putih. Sebab itu MCA begitu marah apabila saya menegur soal pakaian seksi dan singkat.
"MCA menyerang saya dengan mengatakan saya ini sakit mental dan perlu meminta maaf kepada orang Cina. Kenapa saya perlu minta maaf. Hipokrit sungguh. Pergi telek dan belek pakaian budaya Cina sebenar, "katanya.
Comments