top of page

Bola sepak Malaysia dilanda mala petaka

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jun 4, 2015
  • 1 min read

imagesteam malaysia.jpg

Mala petaka menimpa bola sepak negara ekoran kekalahan teruk pada Sukan SEA di Singapura yang sedang berlangsung sekarang.

Belum pun pembukaan rasmi dilakukan, bola sepak sudah boleh balik kampung. Kalah kepada Vietnam dan Thailand menceritakan bahawa bola sepak Malaysia semakin tersungkur.

Dalam sejarah Sukan SEA, Malaysia-Thailand adalah lawan seimbang, menang silih berganti bagi dua pasukan berjiran itu.

Vietnam baru muncul tetapi tidak pernah menang emas di Sukan SEA.

Namun ini bukan kali pertama Malaysia tersingkir awal kerana pada 1999 juga mengalami nasib sama.

Memang masa depan bola sepak Malaysia sangat kelam dan menakutkan.

Profesional liga domestik negara kita hanya omong kosong, masih dibelenggu takuk lama. Masalah sama muncul saban tahun.

Revolusi baru perlu dilakuan untuk bola sepak negara tapi siapa yang mahu melakukannya?


 
 
 

Comentários


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page