Mengapa warga Indonesia bebas berniaga di bazar Ramadan?
- magedamuda
- Jul 15, 2015
- 1 min read

Nampaknya orang ramai mula menyerbu saat akhir bazar Ramadan untuk membeli belah di saat akhir. Ini yang berlaku setiap tahun. Ini kerana harga barang menjadi murah berbanding hari-hari biasa.
Di bazar Ramadan Masjid India di Kuala Lumpur, baju Melayu yang sebelum ini RM120 kini dah jadi RM90. Begitu juga beberapa barangan lain harga telah turun. Kalau malam terakhir harga tentu lebih murah.
Di kawasan Chow Kit pula ramai juga warga Indonesia yang berniaga di gerai-gerai Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitarnya.
Seperti tidak ada kawalan dari Dewan Bandaraya, hingga begitu bebas berniaga. Barangkali DBKL tidak pernah membuat pemeriksaan. Atau gerai sementara itu bebas untuk sesiapa saja.
Tidak dapat dipastikan juga adakah pihak berwajib memerika makanan yang dijual di bazar Ramadan. Benarkan kementerian ada memeriksa harga jualan sama ada mengikut peraturan atau tidak. Adakah indah khabar dari rupa?
ความคิดเห็น