Rahsia orang Jepun panjang umur
- magedamuda
- Jul 30, 2015
- 1 min read

Mereka juga mencuba segala macam tanaman herba dari Timur untuk membuat kesihatan mereka lebih baik. Mereka bereksperimen dan kemudian memutuskan mana sistem pengubatan yang lebih baik sesuai dengan keperluan mereka.
Memilih makan ikan daripada daging merah
Orang Jepun makan lebih banyak ikan daripada daging merah. Tubuh mereka tidak pernah kekurangan zat apapun dan makan ikan memberikan mereka minyak ikan, yang kaya berbagai vitamin dan nutrisi. Dengan menghindari lemak yang ada dalam daging merah, mereka terhindar dari semua penyakit kardiovaskular.
Perhatian dengan kebersihan
Jepun adalah salah satu negara yang paling bersih di dunia. Jepun melindungi diri mereka dengan menerapkan perilaku bersih dan sihat.
Makan tidak terlalu banyak
Selain memiliki makanan sihat, orang Jepun juga makan lebih sedikit dan berhenti makan ketika perut mereka 4/5 penuh. Mereka tidak pernah benar-benar memenuhi perut mereka dan bahkan sebuah kajian telah menunjukkan bahawa kebiasaan ini menunda proses penuaan.
Lebih prihatin dengan kesihatan
Orang Jepun tidak sabar untuk pergi ke doktor jika mereka menemukan bahawa ada sesuatu yang salah dengan tubuh mereka. Bagi mereka rawatan kesihatan adalah keutamaan pertama. Mereka tahu bahawa menunda hanya akan membuat masalah lebih parah dan sulit diubati.
Mereka juga mendapatkan pemeriksaan kesihatan rutin setidaknya setahun sekali. Jepun memiliki salah satu kemudahan kesihatan yang terbaik dan pemeriksaan kesihatan rutin dilakukan di semua sekolah dan syarikat.
Hidup aktif lebih lama
Tidak ada orang di Jepun yang pencen bekerja. Mereka menjaga diri mereka tetap aktif, bahkan ketika mereka telah memasuki usia 60 tahun, di mana banyak orang di negara lain telah pencen. Sekalipun mereka telah pencen, mereka tetap aktif dan menyibukkan diri dengan pekerjaan lain.
Opmerkingen