top of page

Arab mesti bertanggungjawab tragedi kren jatuh

  • M
  • Sep 14, 2015
  • 1 min read

"Monumen-monumen mewah bertambah banyak dan Makkah telah bertukar dari kota ibadah kepada pusat membeli belah."

Solidariti Anak Muda Malaysia (Samm) meminta kerajaan Arab Saudi bertanggung jawab dengan insiden kren pembinaan jatuh di kawasan Masjidil Haram, Makkah. Samm melihat insiden ini berlaku berpunca daripada kecuaian keselamatan di tapak projek, kata Pengarah Pemikir Kaum Muda Samm, Ahmad Anwar Asyraf.

"Samm merasa amat dukacita dengan insiden kren pembinaan jatuh di kawasan Masjidil Haram. "Bagaimana kren pembinaan boleh runtuh ketika jutaan umat Islam dari serata dunia tertumpu untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini?

Seharusnya Arab Saudi mempertingkatkan aspek keselamatan menjelang musim haji ini,"katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, isu ini juga perlu dilihat sebagai kegagalan bukan sahaja Arab Saudi malah dunia Islam keseluruhannya dalam mempertahankan kesucian dan warisan sejarah Islam di Tanah Haram.

Lapan puluh lima peratus warisan Islam telah dimusnahkan kononnya atas nama pembangunan, dakwanya.

"Kaabah - kiblat umat Islam ketika solat, kelihatan sangat kecil, tersembunyi di sebalik binaan hotel-hotel mewah.

"Monumen-monumen mewah bertambah banyak dan Makkah telah bertukar dari kota ibadah kepada pusat membeli belah. Makkah kini menjadi kota elitis,"katanya. Ahmad Anwar berkata, Makkah turut terperangkap dengan perlumbaan menonjolkan kelas kehidupan manusia.

Tetapi tidak lagi menonjolkan ajaran Islam bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan hanya iman dan taqwa, katanya.

Katanya, Samm juga amat kesal dengan sikap negara-negara Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan, khususnya Malaysia yang selama ini mengambil pendirian berdiam diri terhadap tindakan Saudi tersebut.

Rentetan itu, Samm berpandangan sudah tiba masanya untuk dunia Islam memikirkan secara serius agar Tanah Haram ini harus ditadbir oleh sebuah jawatankuasa bebas Islam sedunia, tambah beliau.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page