top of page

Mat Sabu sedia jumpa Hadi

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Sep 18, 2015
  • 1 min read

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia berjumpa dengan PAS bagi membincangkan mengenai pembentukan gabungan pakatan baru, kata Mohamad Sabu.

Ini bermakna ia akan menjadi pertemuan empat mata yang pertama di kalangan pemimpin PAS, DAP, PKR dan Amanah.

Presiden Amanah itu berkata pihaknya menyedari mengenai keperluan penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

"Apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.

"Untuk berhadapan dengan BN, parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian," katanya.

Pada Khamis, Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sidang meja bulat antara pimpinan parti pembangkang akan diadakan Selasa akan datang.

Selain Mat Sabu pimpinan pembangkang lain yang turut dijemput ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, semalam Hadi menegaskan PAS tidak akan membuat pakatan politik dengan Amanah yang disifatkan sebagai mengkhianati parti itu.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page