top of page

Nurul Izzah lobi Amerika supaya desak Najib bebaskan Anwar

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Sep 19, 2015
  • 1 min read

Anak sulung Anwar Ibrahim mendesak agar Amerika Syarikat menekan Perdana Menteri Najib Razak agar membebaskan ayahnya, paling tidak rawatan perubatan secepatnya. Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian dalam wawancara di Washington, seperti dilaporkan Reuters.

Nurul berada di Washington untuk melobi pegawai Amerika Syarikat dan para politikus. Najib akan menghadiri sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York. Nurul berharap AS meminta Najib membebaskan Anwar dari status tahanan politik.

"Paling tidak dia (Anwar) harus diberi akses untuk pembedahan, rawatan perubatan secepatnya," kata Nurul.

Menurutnya, ayahnya sakit bahu yang kian memburuk kerana rawatan yang tertunda, yang kini mempengaruhi tulang belakangnya.

Anwar bekas Timbalan Perdana Menteri dipenjarakan sejak Februari lalu selama lima tahun atas kesalahan sodomi.

Beliau membantah segala tuduhan dan menyatakannya sebagai konspirasi kerajaan Najib untuk melumpuhkan pembangkang dan mengakhiri karier politiknya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page