top of page

Pembakang tubuh Pakatan Harapan ganti Pakatan Rakyat

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Sep 22, 2015
  • 1 min read

Ia menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur ekoran krisis dalaman membabitkan PAS dan DAP.

Pakatan Harapan ditubuhkan selepas parti berkenaan bersidang di dalam rundingan meja bulat di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, PAS tidak termasuk dalam pakatan baru itu.

Perkara ini diumumkan dalam kenyataan bersama oleh ketiga-ketika pemimpin tinggi iaitu Wan Azizah Ismail (PKR); Lim Kit Siang (DAP) dan Mohamad Sabu. (PAN).

"Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional,"kata mereka.

Sebuah Jawatankuasa Khas yang Setiausaha Agung dan wakil setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika kerja sesama parti.

Pakatan Harapan mengumumkann Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Najib Razak,"kata mereka.

Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan semua pihak dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara dari kepincangan Umno/Barisan Nasional.

Tetapi ia tertakluk kepada persetujuan perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika permuafakatan politik, kata kenyataan itu.

Menurutnya, krisis yang melanda negara mendesak parti-parti pembangkang bersatu untuk lebih berkesan dalam menentang Umno/Barisan Nasional.

Harapan rakyat tinggi menggunung supaya sebuah pakatan pembangkan yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Najib, kata mereka.

Pakatan Harapan yakin kewujudannya akan memberi harapan baru kepada rakyat ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang, tambah mereka.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page