top of page

Anwar jadi PM adalah impian Pakatan Harapan

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Sep 25, 2015
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Keputusan mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri yang masih menjalankan hukuman penjara adalah impian pembangkang, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

"Itu hanya satu impian yang telah diutarakan sebelum ini. Masa masih panjang lagi. Kita belum pilihan raya. Pilihan raya nanti siapa tahu Anwar sudah dibebaskan? Cuma itu hanyalah satu kenyataan secara umum bahawa Anwar adalah impian kita (Pakatan Harapan) sebagai Perdana Menteri. Cuma satu hasrat supaya kita akan letakkan dia (Anwar) sebagai pemimpin kita (Pakatan Harapan)," katanya.

Namun beliau juga mengakui bahawa ini juga hasrat semua pihak dalam gabungan pembangkang baru itu untuk meletakkan Anwar sebagai pemimpin.

Semalam bekas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan pakatan pembangkang menamakan Anwar sebagai perdana menteri jika berjaya memenangi pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) akan datang hanya akan menimbulkan pelbagai implikasi terutama dari aspek undang-undang.

Khalid juga secara sinis menyifatkan keputusan tersebut sepatutnya memerlukan penelitian yang terperinci memandangkan Anwar kini masih dipenjarakan.

Mengulas lanjut, Tian Chua menegaskan isu ini tidak perlu dipertikaikan buat masa ini kerana pengumuman itu sebagai langkah awal dan kini proses yang perlu ditumpukan parti pembangkang tersebut adalah mengukuhkan kesepaduan dan jalinan kerjasama di antara tiga parti, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Tidak kena mengena dengan isu undang-undang, dia duduk dalam penjara dan lain-lain lagi. Sebab itu adalah isu pilihan raya yang akan datang banyak perkara yang kita belum tahu lagi.

"Sama ada dia dapat dibebaskan atau tidak itu biarlah kita bincang kemudianlah.

"Proses itu belum lagi kita sampai penghujung kita ada banyak lagi langkah yang kita harus ambil, supaya kita boleh mencapai satu barisan pembangkang yang jitu dan bersepadu," tambah beliau.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page