Kes saman terhadap Hadi ditangguh 5 Oktober
- magedamuda
- Sep 28, 2015
- 1 min read

KUALA LUMPUR; Kes saman empat individu terhadap Preseden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung bil persendirian perundangan syariah ditangguhkan kepada 5 Oktober depan.
Saman ini telah dikemukakan oleh Mansor Ali; Azira Aziz; Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaludin di Mahkamah Tinggi di sini.
Mereka turut menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Ismail Mohamed Said dan Ronald Kiandee serta setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah sebagai defendan pertama hingga kelima.Mereka turut memohon sekiranya pindaan akta tersebut telah dibentang dan dibincangkan, pihak-pihak diperintahkan menarik balik dan dilarang meneruskan perbincangan.
Permohonan itu menurut Bernama melibatkan sidang Dewan Rakyat semasa sesi penggal ketiga, mesyuarat kedua, minggu keempat dan minggu kelima antara tempoh 18 Mei hingga 18 Jun ini dan sebarang sesi yang akan datang di Dewan Rakyat.
Menerusi saman pemula keempat-empat plaintif juga memohon satu deklarasi bahawa pindaan tersebut jika diluluskan akan menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah, bertentangan dengan Perkara-perkara 3,4,5,7,8,74 dan 77 serta Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Aturan 49(2) Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat. Turut dipohon ialah deklarasi bahawa pembentangan mengenai pindaan itu merupakan satu kemungkiran terma-terma Buku Jingga Pakatan Rakyat oleh Abdul Hadi. Berdasarkan afidavit sokongan, Mansoor berkata, beliau dan plaintif lain berpendapat bahawa pindaan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Mansoor juga berkata, sepatutnya sebelum sebarang tindakan pindaan akta itu dibuat, sekurang-kurangnya satu Suruhanjaya Diraja harus diusulkan untuk mengkaji isu-isu pertindihan perundangan sivil dan syariah.
Comments