top of page

Najib tandatangan TPPA untuk elak siasatan 1MDB

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Sep 29, 2015
  • 2 min read

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata, perjanjian TPPA yang akan ditandangani oleh Najib Razak ini adalah satu helah yang cuba dimainkan oleh beliau bagi mengelakkan daripada disiasat berhubung dengan skandal syarikat bermasalah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sebab itu dari awal lagi saya tidak percaya terhadap laporan New York Times yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat (US) akan menyiasat dan menahan Najib sekiranya ke luar negara bagi membantu siasatan skandal 1MDB.

"Saya orang paling tidak percaya tindakan bodoh akan dilakukan oleh Amerika. Hal ini disebabkan kerana, Amerika akan mengambil peluang seperti ini untuk menjadikan negara-negara seperti Malaysia dan kerajaan seperti mana 'kerajaan lembu dicucuk hidung' ataupun hanya sekadar menjadi kerajaan 'pak turut' atau 'pencacai' kepada dasar Amerika.

Dengan ini, kata Mahfuz, Amerika tidak perlu mengambil tindakan menyiasat Najib atas laporan yang dibuat oleh pihak tertentu terhadapnya samada di Amerika atau di negara lain atas isu 1MDB kerana US akan menggunakan isu ini di atas penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib untuk memastikannya menandatangani perjanjian tersebut.

"Saya percaya bahawa inilah yang US dapat hasil daripada tindakan untuk tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap Najib, walaupun pemindahan RM 2.6 bilion telah dipindahkan menggunakan matawang US Dolar.

"Jika ikut undang-undang, Amerika boleh siasat Najib kerana dipindahkan atas US Dolar kerana ianya perlu untuk mendapatkan kebenaran daripada bank rezab Amerika," katanya.

Katanya lagi, tindakan seperti ini juga menunjukkan sikap sebenar perdana menteri yang sanggup menyelamatkan dirinya daripada menyelamatkan negara dengan menandatangani perjanjian tersebut.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad turut menegaskan bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sekiranya diteruskan bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, terutama daripada segi eksport dan import negara yang boleh menyebabkan negara mengalami defisit lebih teruk.

Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, malah agensi penilaian global Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif kerana hutang kerajaan meningkat kepada 53.3 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) penghujung 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008.

"

Sekiranya perjanjian TPPA ini diteruskan, kita lihat eksport akan berkurang dan import meningkat. Ini tidak baik untuk ekonomi negara.

"Bila berlaku ini, negara akan alami defisit. Ia suatu yang merugikan," katan Mahfuz.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page