Netizen : Hukuman Khir Toyo tidak setimpal dengan kesalahan.
- Ahmad Fikri
- Sep 29, 2015
- 3 min read

KUALA LUMPUR: Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman setahun penjara ke atas bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo selepas rayuannya ditolak berhubung sabitan kes rasuah minggu lalu, warga media sosial tidak ketinggalan melahirkan pandangan mereka terhadap isu rasuah terbaru melibatkan ahli politik daripada Umno.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya Zulkefli Ahmad Makinudin turut menolak cadangan oleh Muhammad Shafee Abdullah, peguam Khir Toyo supaya mahkamah tidak menjatuhi hukuman penjara terhadap anak guamnya, sebaliknya mengenakan denda atau memerintahkannya supaya melaksanakan program khidmat masyarakat.
Tindakan itu mendapat reaksi negatif daripada netizen.
Menurut mereka, hukuman yang dijatuhkan terhadap bekas Menteri Besar itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Nazrie Ayie Onizuka Hikari : untung la .. makan berjuta juta .. penjara setahun jer!! yg rakyat marhean ni kalau curi 2 ringgit pon kena 2 tahun penjara!!!
Robert Lam : lnilah padatnya rasuah! tetapi 12 bulan kemudian , apa yang dia rasuah itu adalah menjadi kepunyaannya!
Ibrahim Ripin: Kalau camtu lepas ni berjuta buat rasuah orang tak takut dah. Palng lama setahun je ,agak2. Kalau 2,6,berapa tahun. Pulak. Yee
Mailan Tan Abdul Rahman: Curi coklat kat super market kene tangkap 1tahun,telan berjuta-juta 1 tahun,ini dia keadilan undang2 malaysia.....
Wan Mohamad Desah: Hukuman yang sangat ringan oleh Mahkamah Malaysia. !! kalau di Australia atau di Singapore beliau boleh dikenakan 10 tahun penjara dan disebat.
Kalau di China pula kesalahan penyelewengan dan rasuah boleh ditembak sampai mati.!
Ismail Rosiah: Hukuman itu tidak mencerminkan akan kesalahan namun keputusan makhamah perlu di hormati dengan keputusan itu makna nya Dr mohd Khir Toyo orang kampong aku akan menjadi ahli penjara walaupun tidak lama pasti ianya meruntum jiwa keluarga nya itu la hakikat hidup manusia apa yang di rasai oleh DSAI kini di rasai pula oleh bekas MB selangor....maka politik malaysia semakin hebat.
Sementara itu, ada pula di antara netizen yang turut membandingkan hukuman terhadap bekas ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari.
Zulljimmykefli Yusof : khir sepatut nya berterima kaseh pada hakim yg bagi penjara satu tahun saja ....dan tidak seperti anwar yg di fitnah tiada bukti pun dia lewat saipol hanya keterangan Saipol yg di terima hakikat nya semua orang tahu musuh politik umno mahu hancur kan politik Anwar .
Masnita Hashim: Kesalahan DSAI hanya merosakkan jubur saiful..kesalahan khir merompak berjuta juta wang rakyat..patut kena 15 tahun inilah undang2 BN..lg besar kes lg ringan hukumannya..contoh..kalau makan 2.6 billion langsung tak kena dakwa
Alan Chew: Nampaknya punggung sayfool adalah lebih mengugat keselamatan negara dengan kasi DS Anwar 5 tahun penjara berbanding curi berjuta2 ringgit kasi 1 tahun penjara aje.. hidup sayfool..
Terdahulu, Dr Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan pada tahun 2013. Doktor gigi itu membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013. Mohamad Khir dihantar ke penjara Kajang dan dijangka dibebaskan pada awal bulan Jun tahun depan.
Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.
Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Comments