top of page

Beranikah MCA, Gerakan bersuara?

  • Muda
  • Oct 5, 2015
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said bertanya, beranikan MCA dan Gerakan bersuara dalam isu umat Islam dihina. Umno Pulau Pinang, katanya pernah menyokong penubuhan cawangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tamil (SMJKT).

"Mana sahabat komponen semua. Jangan biarkan orang Melayu bersendirian menyelesaikan masalah ini, saya bimbang cara orang Melayu selesaikan penghinaan ini di luar jangkaan DAP,"katanya.

Mohd Zaidi berkata, pada hari ini orang Islam dihina untuk akur pada 10 aduan gangguan dari masjid dan surau. Beliau mendakwa, larangan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau selain untuk untuk azan telah diduga akan dilakukan oleh DAP.

"(Malah) waktu awal pemerintahan DAP, orang Islam dikejutkan dengan larangan perarakan Maulidur Rasul. Akan datang tunggulah wahai orang Islam Pulau Pinang saat anda dizalimi akan sampai pula," katanya lagi.

Kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP akan mewartakan keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah. Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page