top of page

Bekas PKR tubuh parti baru?

  • Muda
  • Oct 6, 2015
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin membuat pendedahan lagi, kali ini mendakwa beberapa aktivis dan pemimpin parti mahu menubuhkan parti baru. Beliau yang lebih dikenali dengan pangilan Chegu Bard mendakwa mendapat maklumat dari seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), Putrajaya datang ke pejabat itu untuk mendaftarkan parti baru.

Katanya, mereka yang dikenal pasti antaranya Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihan raya DUN Bukit Antarabangsa, bekas Setiausaha Kerja Pemuda PKR Pusat, bekas Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa orang yang masih memegang jawatan di peringkat pusat.

Bagaimanapun, Chegu Bard bertanya, cuma pelik kerana apa relevanya tindakan ini ? Ramai mungkin menuduh mereka agen Umno tetapi jika ia usaha musuh kenapa dibuat secara senyap,? katanya.

Che gu Bard mendakwa, setelah siasatan lanjut dihidu kemungkinan ia usaha terancang dan kemungkinan turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang.

"Setakat itu sahaja maklumat diperolehi. Terima kasih kepada pemberi maklumat yang memberi gambar curi dan menangkap imej permohonan tersebut secara sulit.

"Dua belas orang hadir dan tiga daripadanya yang sempat pemberi maklumat ambil gambar mereka,"tambahnya.

Chegu Bard bertanya lagi, adakah PAS terlibat atau adakah ia kena mengena dengan proses rampasan kuasa kartel Azmin Ali yang mengasak Mesyuarat MPP Khas mempertikaikan tindakan Presiden dan kemungkinan wujud undi tidak percaya ?

Beliau mengingatkan bahawa Umno dan BN itu tidak kuat namun dalam sejarah membuktikan lawan berpecah dan lemah menjadi kekuatan regim.

Hati-hati dengan "trojan horse, kata Chegu Bard.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page