F1 bakal dijual akhir tahun ini
- magedamuda
- Oct 7, 2015
- 1 min read

KITZBUHEL: Formula One (F1) akan mendapat penaja baru mulat tahun depan. Ini dinyatakan bos F1, Bernie Ecclestone.
“Akan ada pemilik baru (F1) pada akhir tahun ini,” ujar Ecclestone pada acara Camp Beckenbauer, seperti yang dilaporkan Speedweek.
Beliau mengatakan beberapa pengusaha tertarik dengan pendapatan yang diperolehi F1 seperti tawaran dari Qatar dan bilionaire Amerika Syarikat, Stephen Ross.
Pemilik saham F1, CVC, dikhabarkan akan menjual sejumlah sahamnya dalam waktu dekat. Berdasarkan berita tersebut terdapat banyak tawaran yang datang, termasuk tujuh bilionaire dari Eropah.
Stephen Ross sendiri dikhabarkan akan membeli 35.5 peratus saham dari CVC.
Comments