Najib banyak berubah lepas jadi PM
- Muda MN
- Oct 7, 2015
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman mendakwa perangai datuk Seri Najib Razak banyak berubah sejak menjadi Perdana Menteri enam tahun lalu.
"Kami berjiran kerana rumah ibu bapa saya dan ibu bapa Najib berdekatan di Jalan Kia Peng semasa kanak-kanak dulu. Saya tujuh tahun lebih tua dari Najib.
"Saya tahu perangainya. Jadi saya tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Najib tidak seperti yang saya kenal dulu,"kata Fauzi.
Mereka berdua orang Pahang. Najib dari Pekan manakala Fauzi dari Kuantan.
Fauzi mendakwa beliau dukacita dengan apa yang berlaku kepada Najib sekarang.
Dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan membuat tanggapan bahawa perubahan Najib itu disebabkan oleh para penasihatnya.
Menurutnya, antara sifat semula jadi Najib ialah beliau seorang yang penakut dan akan meneliti berulang kali seelum membuat sesuatu tindakan.
"Najib tidak akan saman Mahathir (Mohamad), sampai sekarang pun tidak saman WSJ (Wall Street Journal).
"Mahathir tahu banyak rahsia Najib, kalau dia saman Mahathir akan dedahkannya d dalam mahkamah,"kata Fauzi lagi.
Fauzi yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, nasib Najib tidak menjadi begini buruk jika beliau mengambil orang kerajaan sebagai penasihatnya.
Katanya, beliau menduga penasihatnya yang mungkin konsultan, ahl perniagaan atau siapa sahaja yang mempengaruhi keputusannya dalam sesuatu isu.
Comments