top of page

Dua calon Presiden Amerika tolak TPPA

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Oct 8, 2015
  • 1 min read

IOWA: Dua calon Presiden Amerika Syarikat iaitu Hilary Clinton dan Senator Bernie Sanders Vermont tidak menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang membabitkan 12 negara itu.

Memetik laporan Isma.net, Clinton berkata, beliau bimbang manipulasi mata wang tidak menjadi sebahagian daripada perjanjian itu dan di bawah pelan ini, syarikat-syarikat farmaseutikal mungkin akan mendapat lebih banyak faedah dan jumlah pesakit pula akan berkurangan.

“Buat masa sekarang, saya tidak memihak kepada apa yang saya telah kaji mengenai perjanjian itu,” kata Clinton dalam satu temu bual dengan program “NewsHour,” di Mount Vernon, Iowa, semalam.

Perjanjian itu perlu diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat dan telah menghadapi keraguan daripada anggota Parlimen. Ramai pemimpin Demokrat, termasuk kumpulan tenaga kerja, bimbang perjanjian itu akan memberi kesan kepada pekerjaan sektor pembuatan dan melemahkan undang-undang alam sekitar.

Senator Bernie Sanders Vermont, yang merupakan saingan Clinton pada pencalonan Presiden 2016 juga menentang perjanjian itu dan memberi amaran ia akan memberi kesan kepada sektor pekerjaan dan mengancam pengguna.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page