top of page

Melayu Celaka', 3 NGO buat laporan polis.

  • Fikri
  • Oct 9, 2015
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Tiga pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis hari ini terhadap Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke di atas tersebarnya video bertajuk 'Anthony Loke memaki Melayu dan berkata Celakalah Melayu'.

Laporan itu dibuat oleh Pertubuhan Minda Sosial Prihatin Malaysia, Epanco dan G313. Presiden Epanco Ariffin Abu Bakar yang mengetuai kumpulan NGO tersebut berkata, laporan ini dibuat bertujuan supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap ahli politik yang mencetuskan politik rasis.

"Pada kami kenyataan Anthony ini boleh mengundang sentimen perkauman.

"Kita tidak mahu politik rasis. Kita mahu jaga keharmonian negara ini. NGO ini juga terpanggil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku", katanya ketika sidang media di IPD Dang Wangi.

Dalam pada itu, pakatan NGO ini turut membuat laporan mengenai tindakan pemuda Cina di Pulau Pinang yang menghina dengan memaki dan membaling duit bayaran saman kepada Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tersebar di media sosial.

"Jelas, tindakan ini satu penghinaan. Kami hadir hari ini bukan kerana diarah oleh mana-mana pihak tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Kita tidak mahu sikap rasis yang mana kita anggap semakin memuncak pada hari ini mengajar anak muda untuk benci kepada penguatkuasa,"katanya.


 
 
 

Comentários


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page