top of page

Berapakah ramai warga asing diberikan taraf Bumiputera?

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Oct 13, 2015
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen DAP kawasan Batu Gajah, Perak V. Sivakumar meminta Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan berapakah ramai warga asing yang menjadi warganegara Malaysia dan diberikan taraf Bumiputera.

Kerajaan harus menjelaskan secara terperinci bagaimana seseorang itu akan menjadi Bumiputera di negara kita, katanya dalam kenyataan hari ini.

"Sama ada generasi kedua keturunan Melayu Indonesia yang telah mendapat taraf kewarganegaraan itu akan juga dianggap sebagai Bumiputera di negara ini?

Perkara ini menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan kepada rakyat Malaysia,"katanya juga Setiausaha Antarabangsa DAP.

Sivakumar berkata, perkara ini menjadi semakin kabur apabila pihak-pihak tertentu menganggap diri mereka sebagai Bumiputera semata-mata untuk menikmati pelbagai kemudahan dan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, memandangkan ramai yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia baru-baru ini, ia perlu dikaji semula untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, orang Melayu berketurunan Indonesia telah membanjiri negara kita. "Ramai juga di antara mereka telah mendapat taraf kewarganegaraan. Ada juga di kalangan mereka telah berkahwin dan terus menetap di negara ini.

"Persoalannya ialah sama ada generasi kedua keturunan Melayu Indonesia yang telah mendapat taraf kewarganegaraan itu akan juga dianggap sebagai Bumiputera di negara ini,"kata beliau lagi.


 
 
 

댓글


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page