Tuan Ibrahim cabar kerajaan, beraniah untuk rakyat
- Evi
- Oct 13, 2015
- 1 min read

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar kerajaan berani menyemak perjanjian konsesi dan kenaikan tarif tol yang bermula Khamis ini.
Keuntungan syarikat konsesi tol terus melipat ganda, katanya.
"Kepada rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik," katanya lagi
Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan setinggi 80% kepada SILK, 67% untuk Akleh, 54% bagi Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuh raya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.
Katanya, syarikat konsesi tol dan kerajaan tiada sebarang alasan ekonomi yang kukuh untuk menaikkan kadar tol.
"Apakah ada syarikat konsesi tol yang sedang mengalami kerugian meskipun perniagaan ini mempunyai risiko kerugian menghampiri sifar?
"Tidak,"katanya.
Comentários