top of page

Bagi Najib wang adalah Raja

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Oct 23, 2015
  • 1 min read

​Mahathir Mohamad, telah melayangkan tudingan terbarunya pada PM, Najib Razak. Menurutnya, PM Najib telah mengendalikan anggaran negara untuk menyuap pegawai-pegawai supaya dapat sokongan lebih di pemerintahan.

Dalam sebuah wawancara dengan media The Guardian, Jumaat, di pejabat Mahathir di Putrajaya, Malaysia, dirinya mengatakan bahwa PM Najib pada bulan lalu telah berbincang padanya.

“PM Najib bulan lalu telah berbincang pada saya. Dia mengatakan ‘wang adalah raja’. Saat ini dia mengaku telah kehilangan banyak sokongan gara-gara skandal rasuah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB),” ujar Mahathir.

“Apa yang ia (PM Najib) katakan pada saya adalah, rasuah itu tidak masalah. Memang, jika anda merasuah hanya dengan beberapa dolar saja, saya kira itu tak akan mempan. Namun, jika anda merasuah orang yang belum pernah melihat wang satu juta Ringgit, saya yakin itu mempan,” sambungnya.

Sebagaimana diberitakan, populariti PM Najib di mata rakyatnya dilaporkan turun sejak dirinya terlibat skandal rasuah 1MDB. Skandal ini muncul pada Juli 2015, ketika Wall Street Journal melaporkan bahawa seorang analisis menemukan ada yang aneh dalam laporan kewangan 1MDB.

Analisis dan pasukan penyiasat menemukan uang senilai hampir USD700 juta telah dipindahkan ke akaun bank milik PM Najib. PM Najib, yang juga penasihat di 1MDB, diketahui telah membantah mengambil wang itu untuk kepentingan peribadi.

Skandal 1MDB telah membuat majoriti rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai sepenuhnya pemerintahan yang dipimpin PM Najib. Puncaknya, ribuan rakyat Malaysia mengadakan demo besar-besaran bertajuk ‘Bersih 4’ untuk menuntut PM Najib turun dari kerusi Perdana Menteri.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page