top of page

Jerebu: Indonesia perlukan bantuan Malaysia

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Oct 27, 2015
  • 1 min read

Malaysia dan Indonesia akan mengadakan perbincangan lebih lanjut mengenai mengatasi kebakaran hutan dan tanah serta jerebu di wilayah Indonesia. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan sekitar 1.7 juta hektar tanah dan hutan di Sumatera dan Kalimantan terbakar.

Menurut Wan Junaidi, tidak mudah memadamkan api di hutan Sumatera dan Kalimantan kerana Indonesia sedang mengalami musim kemarau yang panjang.

"Untuk itu, Indonesia memerlukan kami untuk mengatasi kebakaran hutan dan jerebu," katanya, seperti dilaporkan Bernama.

Wan Junaidi menyatakan beliau akan segera bertolak ke Indonesia untuk membincangkan kebakaran hutan dan jerebu.

Beliau bertemu dengan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar untuk menandatangani MoU Malaysia-Indonesia terkait dengan jerebu. Seharusnya MoU itu sudah ditandatangani tetapi, kerana jerebu yang masih buruk, akhirnya Wan Junaidi menangguhkan kedatangannya ke Indonesia.

Pada 11 Oktober lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengirimkan bantuan berupa pesawat Bombardier CL 415 dan helikopter AS 365 N3 Dauphin untuk membantu memadamkan api di wilayah Sumatera Selatan.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page