Rakyat susah gaji wakil rakyat naik
- magedamuda
- Nov 4, 2015
- 2 min read

Bekas Exco kerajaan negeri Kelantan Husam Musa dengan nada menyindir kagum dengan keberanian kerajaan negeri menaikkan gaji wakil rakyatnya.
"Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmbalan Menteri besar, Menteri Besar dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata,"katanya hari ini.
Katanya, beliau faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini - kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.
Namun,tambahnya, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati.
"Rakyat kian susah, kita pula naik gaji. Inilah yang dinamakan dilema keutamaan pilihan,"katanya.
Menurut Husam, menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Timbalan Menteri Besar dan juga Menter Besar
"Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi, "katanya.
Bagaimanapun, menurut Husam mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun,-Exco dan Menteri Besar dilakukan Januari depan.
"Jika tidak, guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan terasa hati. peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan).
"Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan? Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru,"katanya lagi.
Husam berkata, kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh.
Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan, katanya.
"Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki,"katanya lagi.
Menurut Husam, laporan Bernama bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.
Katanya, beliau tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan.
留言