Anak Najib tidak setuju vape diharamkan
- magedamuda
- Nov 6, 2015
- 1 min read

Anak lelaki Perdana Menteri iaitu Nazifuddin Razak tidak setuju jika kerajaan mengharamkan menghisap rokok elektronik atau vape.
Sambutan tidaklah sehebat nama, tapi ia tidak dapat dinafikan sebagai alternatif yang lebih baik dari tabiat merokok, katanya.
"Kini kita dapat lihat sambutan yang hangat 'vape' dan trend 'vaping'. Saya merasakan ia masih kekal sebagai alternatif merokok dan kita seharusnya mengiktiraf inovasi dan kreativiti yang telah timbul dari industri ini. Yang hebatnya, kebanyakan produk terbaik seperti perisa jus vape datang dari usahawan muda tempatan.
"Tidak dapat dinafikan bahawa ketagihan vape adalah sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula dengan masyarakat kita yang lebih cenderung untuk mengecam semua yang terlibat dalam industri ini (terutamanya para belia) hanya kerana satu kes yang unik dan ekstrem, katanya dalam Facebooknya.
Katanya, beliau sokong vaping jika ia dilakukan dengan adab dan tatacara yang betul. Ramai juga kenalannya yang vape, malah ada yang telah berhenti merokok.
"Saya berharap agar industri ini terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju dengan pengharaman vaping. Kita hanya perlu vape dengan bertanggungjawab dan beretika,"katanya lagi.
Comments