Teresa Kok marah dan kesal atas perbuatan ‘gila’ dan keji Alvin
- magedamuda
- Nov 13, 2015
- 1 min read

Naib Pengerusi kebangsaan DAP, Teresa Kok marah dan kesal atas perbuatan ‘gila’ dan keji Alvin Tan yang menghina al-Quran hingga menyakiti perasaan umat Islam di negara ini. Beliau menegaskan perbuatan itu tidak mewakili kaum Cina dan bukan Islam kerana tiada manusia waras akan melakukan perkara sekeji itu.
Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata,p erbuatan gila Alvin Tan itu merosakkan keharmonian masyarakat majmuk kita.
Dia juga memalukan Malaysia, tambahnya yang juga ahli Parlimen Seputeh. Teresa merujuk perkataan gila dan keji dua kali bagi menggambarkan perbuatan Alvin itu. Alvin membawa al Quran ke tandas sebelum mengotorinya hingga menimbulkan kemarahan ramai selepas perbuatan berkenaan tersebar melalui Facebook.
Beliau sebelum ini membuat rakaman seks dengan teman wanitanya, turut melakukan perbuatan yang menghina Islam hingga terpaksa melarikan diri ke luar negara.
Comments