top of page

5 perkara bahaya di Facebook

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Nov 18, 2015
  • 2 min read

Jangan tulis 5 perkara ini di Facebook, jangan fikir maklumat peribadi itu tidak boleh diakes oleh orang lain.

Foto-foto bersama teman, tarikh lahir, status perkaheinan, tempat tinggal, alamat e-mail hingga nombor telefon boleh diakses semua orang.

Bahayanya jika mereka tidak berniat baik. FoxNews menyarankan untuk keselamatan pengguna Facebook.

1. Nombor telefon

Menulis nombor telefon akan membuat semua teman Facebook mengetahui nombor telefon pengguna. Lebih dari itu, semua orang yang tahu nombor telefon pengguna juga akan langsung tahu laman Facebook pengguna.

Pengkaji keselamatan bernama Reza Moaiandin mengatakan, ia tidak perlu nombor telefon spesifik untuk mengesan laman Facebook seseorang. Hanya dengan tahu beberapa angka akhir pada nombor telefon, Moaiandin boleh memunculkan beberapa calon laman Facebook yang ia tuju.

2. Alamat rumah

Sama halnya dengan membahagi nombor telefon di profil Facebook. Membahagi alamat rumah juga berpotensi mendatangkan bahaya.

Ketika membagi gambar atau kandunganlainnya, alamat yang diletakkan pada profil boleh saja muncul pada keterangan gambar. Dengan ini, semua orang dengan mudah mengesan alamat pengguna.

Jika ada yang berniat menjadi pengintip, maka informasi peribadi yang dibagi di Facebook akan sangat memudahkan.

3. Pekerjaan.

Sebaiknya berfikir jika ingin meletakkan informasi pekerjaan di Facebook. Sebab, jika ada penjahat yang ingin mengganggu sistem pejabat tempat anda bekerja, media sosial akan jadi "lahan" utama yang diutak-atik.

Informasi di media sosial yang berkaitan dengan perusahaan yang hendak diretas boleh berpotensi terkena kesan peretasan. Untuk menghindari risiko itu, segera hapus informasi pekerjaan di akaun Facebook.

4. Status hubungan.

Meningkatnya kebiasaan "stalking" sejak perkembangan media sosial kian masih seharusnya membuat pengguna Facebook lebih berhati-hati membagi informasi terkait hubungan. Beberapa aplikasi disebut boleh memberitahu seseorang apabila teman Facebook-nya mengganti status menjadi "single".

Hal ini boleh dimanfaatkan oleh laman web cinta yang memicu pengguna memiliki hubungan maya yang romantis. Selepas itu, pengguna akan dibujuk rayu untuk mengeluarkan sejumlah duit. Sebaiknya tidak usah meletakkan status hubungan di Facebook.

5. Informasi kewangan

Facebook adalah layanan percuma, namun jejaring sosial ini masih meminta informasi pembayaran seperti nommor kad kredit. Sebaiknya pengguna tidak memasukkan informasi tersebut. Sekali lagi, peretas boleh saja mencuri informasi pembayaran tersebut dan mencuri sejumlah duit.

Sumber: Kompas


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page