top of page

Menteri desak Nurul Izzah jelaskan fotonya dengan Puteri Sultan Sulu

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Nov 19, 2015
  • 1 min read

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar perlu tampil menjelaskan tujuannya berjumpa dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim berkata Nurul Izzah sewajarnya tidak membiarkan orang ramai membuat membuat spekulasi yang tidak betul.

"Benda itu (bergambar dengan Jacel) memang sensitif. Nurul Izzah perlu sahkan gambar itu dan memberikan penerangan. Jangan bagi orang tidak membuat spekulasi yang tidak betul.

"Dia kena jelaskan sebab benda ini dah jadi viral," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Di media sosial, gambar Nurul Izzah dan Jacel bertarikh 9 November lalu yang kelihatan mesra mencetuskan tanda-tanya.

Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein pula ketika ditemui bimbang jika ia mempunyai kaitan dengan aspek keselamatan negara.

Ditambah dengan perkembangan semasa yang melibatkan keganasan, Hishammuddin berkata jika ianya benar mempunyai motif tersirat yang boleh menggugat keselamatan, maka ianya satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak terima apa-apa laporan lagi berhubung perjumpaan yang disebutkan tadi. Tetapi dengan perkembangan baru-baru ini tentang pembunuhan mangsa culik oleh Abu Sayyaff.

"Saya lihat bahawa tindakan pihak tertentu yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian, dan sekiranya ada rancangan atau perbincangan berhubung kedudukan kedaulatan, keselamatan maruah negara, jika benar, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli enggan mengulas lanjut mengenai gambar Nurul Izzah dan Jacel.

"Kena tanya dia (Nurul Izzah), saya tak tahu apa-apa mengenai perkara itu, saya tidak berada di sana. Saya bukannya suami dia," jawabnya ringkas.

Puteri Jacel Kiram, merupakan anak sulung Sultan Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab menceroboh di Sabah hingga mengakibatkan pertumpahan darah pada 2013.


 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page