Sungguh memilukan RM9.7 juta hanya untuk cantikkan pintu gerbang
- magedamuda
- Nov 20, 2015
- 1 min read

Kenapa kerajaan Selangor membelanjakan RM9.7 juta hanya untuk mencantikkan pintu gerbang, tanya aktivis PKR Badrul Hisham Shaharim.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard mahu Menteri Besar, Azmin Ali membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.
"Malangnya di bawah Azmin selaku MB dan Exconya Zaidy Abdul Talib dari PAS telah memilih sebuah syarikat dengan nama 'Islah' (nama Arab) hanya untuk mencantikkan pintu gerbang. Ia sungguh memilukan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, jumlah ini kecil bagi mereka yang sedang menikmati tampuk kuasa tetapi jika jumlah ini disalurkan kepada anak muda dalam bentuk latihan keusahawanan dan pinjaman modal awal perniagaan berapa banyak usahawan muda akan terbentuk.
"Ia hakikat menyakitkan, ini hanya yang terdedah melalui media, apa lagi yang belum terdedah,"tambah beliau.
Menurut Chegu Bard, RM9.7 juta jumlah yang mungkin sikit jika diperkatakan oleh orang yang bergaji puluhan ribu seperti Menteri dan Exco kerajaan negeri mahupun ahli lembaga pengarah. Katanya, ia jumlah besar bagi marhaen biasa.
Katanya, berpuluh ribu keluarga mampu menarik nafas lega walaupun seketika seketika jika dana itu dicairkan kepada mereka.
Comments