top of page

1MDB, dana RM2.6 bilion tidak boleh dalam Perhimpunan Umno

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Nov 23, 2015
  • 2 min read

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mendakwa Umno sedang berusaha supaya 1MDB dan dana sebanyak RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib Razak tidak boleh dibangkit dalam perhimpunan agung Umno bulan depan.

Dakwanya, persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai dan tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar.

Hanya ucapan presiden (Najib) sahaja akan disiar, dakwanya lagi.

Menurut Mahathir, Presiden Umno paling lama, sepatutnya Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin membuka persidangan sayap – Pemuda, Wanita dan Puteri.

"(Tetapi) amaran sudah diberi supaya ahli Umno tidak akan bercakap berkenaan perkara ini. "Apakah jenis mesyuarat agung Umno ini,"tanya beliau.

Perhimpunan agung Umno akan diadakan di PWTC pada 8 hingga 12 Disember ini.

Mahathir menambah, beliau tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulutnya, menyekat berjumpa ahli Umno, bahkan orang ramai.

"Dewan di mana mesyuarat boleh diadakan yang dihadiri oleh saya tidak boleh didapati kerana semua pemilik takut didera oleh kerajaan,"dakwa beliau.

Menurutnya, ada iklim ketakutan yang menghalang segala kegiatan yang bersangkutan dengan mengkritik kerajaan seolah-olah menjadi jenayah yang tidak tertulis.

Tetapi dakwaan dibuat kononnya ini negara demokrasi tetapi siapa yang cuba sabotaj demokrasi Malaysia boleh dikena penjara hingga 15 tahun, katanya.

Tetapi sebenarnya yang mensabotaj demokrasi Malaysia ialah kerajaan sendiri, tambah beliau.

"Ada yang berhadapan dengan pemeriksaan pendapatan kononnya kerana tidak bayar cukai.

Ada yang disoal siasat oleh polis. Ada yang dimasuk dalam tahanan tanpa berasas kepada undang-undang. Ada yang diugut akan kehilangan kontrak dan lain-lain.

"​Kata pepatah berani kerana benar; takut kerana salah. Apakah kerana salah yang takut sangat 1MDB dan RM2.6 bilion dibincang,"katanya.

Kata Mahathir, semasa beliau menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri cabaran tidak pernah berhenti termasuk ada percubaan menjatuhkannya sebagai presiden parti.

Katanya, antara cabaran yang terbesar ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden Umno.

Mahathir menang dengan kelebihan hanya 43 undi.

"Saya terima. Peristiwa yang berlaku selepas itu diketahui umum dan tidak perlu saya ulangi di sini," tambahnya.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page