top of page

PAS dan Amanah saling membunuh

  • Muda
  • Nov 23, 2015
  • 2 min read

Perang terbuka antara PAS dan ànak'nya Parti Amanah Negara (Amanah) tidak boleh dielak lagi dan semakin kuat melepaskan peluru antara satu sama lain.

Suka atau tidak, Amanah semakin galak dan ligat merekrut ahli-ahli PAS. yang terbaru menghulurkan tangan kepada bekas Naib Presiden PAS, Husam Musa jika beliau dari PAS. Sehingga ini ramai ahl dan pemimpin PAS menyertai Amanah, antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa dan ramai lagi. Semua penggerak Amanah adalah ahli PAS.

Sebab itu Amanah tanpa segan silu mengisytiharkan mahu menggantikan PAS, juga merampas Kelantan dari PAS.

Meski baru beberapa bulan sambutan terhadap Amanah tidak mengecewakan walau masih dibayangi PAS. Namun ahlinya masih terdiri orang PAs, lihat saja di Johor, Kelantan dan di mana-mana saja.

Nampaknya, Amanah hidup dan menempah populariti kerana PAS. Tapi Amanah lebih bijak dalam menangani dan membina keyakinan para pengundi-pengundi Melayu terutama di kawasan dan dan kelas pertengahan. Lihat apa yang Amanah lakukan di Pulau Pinang.

Setelah DAP memberhentikan orang PAS dari Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Amanah cepat-cepat mahu mengisi kekosongan itu. Apa tujuannya? Tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan bahawa Amanah telah bersedia memerintah sebagaimana parti politik lain.

Ketika ini orang melihat Amanah lebih mempunyai visi berbanding PAS yang tidak jelas pendirian sama ada pembangkang atau meyokong kerajaan terutama Umno. Bagaimanapun, adalah terlalu awal untuk mengatakan bahawa Amanah atau PAS yang muncul pemenang dalam pertarungan ini. Meski PAS lebih lama, ia bukan jaminan parti itu akan lebih berjaya.

Dalam radar politik negara yang kian terbuka, apa saja boleh berlaku. Namun penanda aras sama ada parti itu diterima rakyat atau tidak, pilihan rayalah jadi penentunya. Jika tiada angin baru bertiup, Amanah dan PAS akan terus bermusuhan. Tidak ada siapa yang untung kecuali musuhnya iaitu Barisan Nasional.

Tapi PAS-Amanah memiilh untuk menempah `neraka' dan impian untuk menang pilhan raya hanya mimpi di siang hari..


 
 
 

Comentários


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page