Umno hanya jaga kepentingan Najib dan penyokongnya
- magedamuda
- Nov 26, 2015
- 1 min read

Umno hari ini menjaga kepentingan presiden (Najib Razak) dan penyokongnya, kata ahli parlimen Raub, Mohd Ariiff Sabri Abdul Aziz.
Beliau menambah parti itu dikuasai oleh pemimpin yang angkuh, bukan kerana kebolehan serta bakat tetapi kerana kedudukan, jawatan dan kaya raya.
Kekayaan mereka bukan sebab mereka peniaga yang handal tetapi kaki ambil duit rakyat, tambahnya lagi.
Katanya, pemimpin Umno mengajar bangsa Melayu bahawa mengekalkan kemerdekaan bukan nilai yang penting sebaliknya menyelamatkan diri sendiri dan mendahulukan kepentingan peribadi adalah nilai baru orang Melayu.
Umno mengajar bangsa Melayu bahawa menjadi penegak kebenaran dan keadilan tidak penting, dakwanya lagi.
"Apa sudah jadi kepada Umno? Ianya tidak lagi mewakili nilai-nilai terbaik bangsa Melayu. Ianya parti yang tidak tahu menghargai pemimpin yang benar-benar berjasa. Sebaliknya, ia menjadi pekakas untuk menjaga pemimpin yang buruk," katanya
Beliau juga mendakwa semakin hari Umno hilang kepercayaan kepada bangsa Melayu. "Adakah jasa Mahathir Mohamad yang jadi presiden Umno dan perdana menteri selama 22 tahun serta membangunkan minda orang Melayu boleh dilupakan dan diketepikan?
"Mana dia wira-wira Umno yang dibentuk oleh Mahathir," tanya beliau.
Menurut Ariff Sabri, beliau tidak fikir Mahathir ada kepentingan selain mahu melihat Malaysia diselamatkan dari kepimpinan yang memusnahkan.
Mahathir, katanya Mahathir hanya tidak mahu melihat negara yang dibangunkan selama 22 tahun dimusnahkan.
留言