Tol PLUS naik 5 peratus lagi
- magedamuda
- Nov 30, 2015
- 1 min read

Kadar tol di semua lebuh raya Utara-Selatan (Plus) akan meningkat sebanyak lima peratus setiap tiga tahun bermula 2016. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Menurutnya ia adalah perjanjian terkini Konsesi Tambahan Plus yang ditandatangani oleh kerajaan dengan Plus Expressway Berhad pada November 2011.
"Perjanjian ini memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua lebuhraya di bawah kendalian Plus bagi tempoh 5 tahun bagi 2011 sehingga 2019.
"Perjanjian terkini menetapkan kenaikan kadar lima peratus sahaja setiap 3 tahun mulai 2016 hingga tamat konsesi pada 31 Disember 2038," katanya menerusi jawapan bertulis hari ini.
Ahli Parlimen Setiawangsa Ahmad Fauzi Zahari bertanya adakah benar atau tidak akan ada kenaikan tol sehingga 2038 berdasarkan perjanjian konsesi yang terkini.
Malah kata Rosnah lagi, syarikat konsesi lebuhraya berhak untuk mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.
Tambah Rosnah hanya jambatan Pulau Pinang yang akan dikecualikan daripada kenaikan konsisten ini.
Untuk rekod beberapa lebuhraya utama di seluruh negara menaikkan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober yang lalu.
Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80 peratus di antara 20 sen hingga RM1.
Comments