Tambang bas naik 90 peratus
- magedamuda
- Dec 1, 2015
- 1 min read

Sahih lah hidup aku lebih menderita selepas ini, kenapa tidak wang yang ada dalam poket aku semakin tidak cukup.
Mulai hari ini (Selasa - 1 December 2015) tambang bas naik 90 %. Luar biasa dan sukar sekali untuk aku percayai. Tidak pernah diumumkan kenaikan sebanyak itu oleh pihak yang bertanggungjawab.
Tetapi ini kenyataan.
Aku naik bas Rapidkl dari sampai menuju Chow Kit dikenakan tambang sebanyak RM1.90, sebelum ini hanya 90 sen.
"Kenapa RM1.90"," aku bertanya pemandu bas yang bersuai dalam lingkungan 50 -an. Pemandu itu tidak menjawab tetapi seorang lelaki Cina yang membuka mulut.
"Tambang baru. Bas pergi Chow Kit saja."
Sebaik sampai di pejabat, aku menelefon Papid KL. Seorang wanita menjawab, bas dari Sri Rampai hanya ke Chow Kit.
Mengenai kadar tambang, katanya ia ditentukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dia menyuruh aku bertanya kepada SPAD.
コメント