Ramai mana penyokong Muhyiddin?
- Shahbudin Husin
- Dec 5, 2015
- 1 min read
B

erapa ribu orang akan hadir dalam program ceramah Muhyiddin Yassin di Kampung Baru, Isnin ini iaitu sehari sebelum perhimpunan agung Umno 2015 di PWTC.
Muhyiddin akan terus mara ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang dalam perjuangannya untuk berhadapan dengan Najib Razak.
Siapa lagi dijangka hadir? Adakah Tun Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal akan hadir sama? Lima ribu, sepuluh ribu atau lebih daripada itu?
Adakah pula Najib Razak dan para penyokongnya hanya akan berdiam diri saja dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menyekat kehadiran orangramai ke program tersebut?
Oleh itu risikonya memang ada. Memandangkan kesan mengadakan perhimpunan ini agak besar kepada imej Muhyiddin dalam fasa-fasa perjuangan beliau seterusnya.
Comments