top of page

Muhyiddin mesti selari dengan saya, kata Najib

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Dec 8, 2015
  • 2 min read

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti selari dengan Presiden parti, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Kita nak bekerjasama dengan timbalan, seorang timbalan itu mestilah selari dengan apa kita nak lakukan, apa keputusan kita dan bekerjasama dengan penuh keikhlasan dan kesetiaan dalam mengemudi parti kita," kata Presiden Umno itu seperti disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, tambah Najib ini bukan bererti Muhyiddin tidak boleh berbeza pendapat dengannya kerana beliau bersikap terbuka.

Katanya, beliau bersikap terbuka dalam forum dan perjumpaan tertentu, presiden dan timbalan boleh berbincang.

"Kita tidak boleh bersetuju pun tetapi apabila kita berdepan dengan orang ramai kita mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh parti. Dan inilah yang saya nak tegaskan , ini adalah prinsip asas dalam mana-mana organisai, kerajaan atau pertubuhan.

"Kita perlu seorang sahaja yang jadi ketua tetapi mesti bersikap terbuka, menerima pelbagai pendapat. Tetapi apabila keputusan telah dibuat, semua dalam parti itu mesti mempertahankan keputusan tersebut," katanya.

Mengenai 1MDB Najib berkata, Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri berhak memanggil pengurusan, lembaga pengarah syarikat itu untuk mendapatkan penjelasan.

Jadi, katanya tiada alasan Muhyiddin tidak mendapat maklumat sepenuhnya tentang isu 1MDB.

"Kita ada bincang juga soal 1MDB dan dia ada beberapa pendapat tetapi saya telah pun menjelaskan kepadanya pendirian kita. Jadi pada akhirnya saya sebagai perdana menteri kena buat keputusan.

"Saya beritahu kabinet kita ada pelan rasionalisasi bagi menyelesaikan masalah 1MDB kerana ia telah dipolitikkan," katanya.

Najib berkata, aset 1MDB melebihi hutang dan keadaan mungkin tidak berlaku jika IPO pada November 2014 dapat dilancarkan.

Bagaimanapun, tambah beliau apabila sentimen terlalu negatif setelah dipolitikkan, suasana pada masa itu tidak menggalakkan pelabur membeli saham 1MDB.

Katanya, kini sudah dapat lihat tanda-tanda isu ini boleh diselesaikan terutama sekali apabila Edra dijual dan jumlah hutang susut kira-kira RM7 bilion.


 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page