top of page

Najib luluskan kenaikan tarif elektrik, kata Rafizi

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Dec 10, 2015
  • 2 min read

Keputusan menaikkan tarif elekrtik mulai tahun depan adalah keputusan kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Najib Razak dan harga barang akan terus meningkat selagi kekal berkuasa, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini kerana kerajaan telah mengurangkan rebat ICPT (Imbalance Cost Pass-Through) daripada 2.25 sen/kWj sebelum ini kepada 1.52 sen/kWj, katanya.

Beliau berkata tindakan itu samalah dengan menaikkan tarif elektrik.

ICPT adalah rebat yang dikira setiap enam bulan untuk memastikan sebarang penjimatan atau kenaikan kos operasi penjanaan elektrik ditanggung terus oleh rakyat.

Jika ada penjimatan kerana kos bahan api menurun, maka ICPT menjadi rebat yang akan menurunkan bil elektrik. Jika sebaliknya (kos bahan api naik atau kos pembelian elektrik dari penjana bebas meningkat), ICPT menjadi duti tambahan kepada tarif sedia ada.

Beliau berkata, kerana kesan akhirnya adalah pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan (atau melebihi RM77 sebulan) akan menyaksikan kenaikan 2.2% ke atas bil elektrik setiap isi rumah.

"Kini, kos elektrik yang ditanggung rakyat pula naik gara-gara program penghapusan subsidi yang menyebabkan kos gas asli meningkat walaupun secara umumnya harga minyak mentah dan gas asli semakin menurun di pasaran dunia," katanya.

Berikutan itu, Rafizi bertanya kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sama ada beliau hadir dalam kedua-dua mesyuarat kabinet yang membuat dua keputusan yang menaikkan harga gas asli dan kos elektrik itu.

Katanya, jika beliau hadir dan bersetuju, maka beliau juga perlu bertanggungjawab dan tidak mencuci tangan kononnya beliau telah bersuara menentang keputusan-keputusan kerajaan yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Kata Rafizi, dalam enam bulan yang lepas, TNB telah menyaksikan penurunan kos sebanyak RM1.32 bilion akibat dari pengurangan penggunaan gas asli cecair (LNG), harga arang batu yang lebih murah di pasaran dunia dan operasi stesen janakuasa arang batu yang lebih cekap.

Malangnya, kata beliau penurunan kos ini direncatkan oleh kenaikan kos gas asli sebanyak RM560 juta akibat tindakan kerajaan menaikkan harga gas asli yang dijual kepada TNB dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU.

"Akibat dari kenaikan kos gas asli itu, penjimatan telah dikurangkan dan rebat ICPT juga telah berkurangan sebanyak 32% (dari 2.25 sen/kWj kepada 1.52 sen/kWj). Ini bermakna setiap unit kWj elektrik selepas ini akan menjadi lebih mahal sebanyak 0.73 sen/kWj atau kenaikan purata 2.2%," katanya lagi.

Rafizi menambah, kedua-dua keputusan iaitu menaikkan kos gas asli dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU dan mengurangkan rebat ICPT sebanyak 32% kepada 1.52 sen/kWj.

Katanya, keputusan menaikkan harga gas asli dibuat dalam keadaan harga pasaran minyak mentah dan gas asli dunia semakin turun.

Ini bermakna dalam keadaan yang sepatutnya kos penjanaan elektrik semakin turun, kerajaan mengambil keputusan menaikkan harga gas asli semata-mata untuk meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi yang menjadi tunjang pentadbiran ekonomi Najib.

Sebab itu sehingga kini rakyat Malaysia tidak menikmati sepenuhnya kebaikan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Harga petrol dan diesel kekal mahal kerana kejatuhan matawang ringgit akibat formula penetapan harga yang didasarkan kepada dollar Amerika Syarikat, tambah Rafizi.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page