Arul Kanda hadir perhimpunan agung Umno 2015
- Dec 12, 2015
- 1 min read

Menjelang acara penangguhan Perhimpunan Agung Umno ( PAU 2015) yang Ke-69, kelihatan Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC) . Beliau kelihatan masuk ke Dewan Merdeka, berbaju biru dan berkemungkinan hadir bagi mendengar ucapan penggulungan yang akan disampaikan oleh Presiden Umno, Najib Razak. Untuk rekod, Arul sebagai Presiden 1MDB kerap menjadi tumpuan media ekoran isu-isu melibatkan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu. Ini kerana isu 1MDB dan pengurusannya disiasat pihak berkuasa selain Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ( PAC) .






















Comments