top of page

PAS boleh kerjasama tapi tak gadai prinsip

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Dec 14, 2015
  • 1 min read

PAS sedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tetapi tidak akan mengadaikan prinsip perjuangan, tegas Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, pemimpin PAS tidak menentang kerjasama dengan mana-mana pihak.

PAS menentang kemungkaran pemerintah, rasuah, salah urus tadbir negara, kezaliman, penganiayaaan, perjanjian yang tidak ditepati dan berat sebelah yang menyusahkan rakyat serta sistem federalisme yang tidak dilaksanakan.

Beliau berkata, jalinan dan kerjasama hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat adalah sebahagian daripada sistem federalisme yang tidak boleh dicampur-adukkan dan diklasifikasikan sebagai kerjasama politik antara dua parti.

"Umat Islam perlu bersatu kerana itu tuntutan agama dan juga tuntutan syarak,"katanya dalam kenyataan.

Tuan Ibrahim menambah, kita sedang menyaksikan bagaimana musuh memainkan api permusuhan antara kaum dan bangsa.

Katanya, jangan ingat Malaysia terselamat daripada ditiup api permusuhan antara kaum dan bangsa kerana realitinya tidak terlepas dari suasana tersebut.

"Dari semasa ke semasa, timbul pihak yang menyatakan perlunya penyatuan dan perpaduan. Namun hairannya setiap kali, panggilan penyatuan berlaku tatkala pihak yang diamanahkan kuasa kelihatan tenat dan bergoyah. Tidak pernah lagi suara penyatuan dilaungkan ketika mereka yang berkuasa dalam keadaan selesa,"tambahnya.

Kata Tuan Ibrahim, kenyataan Perdana Menteri Najib Razak mengenai hasrat bagi melaksanakan pemerintahan negara berlandaskan syarak adalah khabar gembira.

Sebagai parti yang sedang memerintah beliau mesti membuktikan hasrat tersebut dan laksanakanlah dalam ruang yang sedia ada dengan merintis perubahan kepada keadilan sosial dan ekonomi rakyat.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page