Umur paling sesuai wanita melahirkan anak adalah 25 tahun ke atas
- Dailymail
- Dec 17, 2015
- 1 min read
Kajian terbaru mendapati usia terbaik untuk melahirkan anak pada angka 25 tahun ke atas. Kajian dibuat Amerika Syarikat terhadap 3,348 wanita. Melahirkan anak pertama pada usia 25-35 tahun memiliki stamina lebih baik ketika mereka berusia 40 tahun.

Sebaliknya, bagi wanita yang melahirkan anak pertama dari usia 15-24 tahun ternyata mudah mengalami gangguan fizik dan mental ketika mencapai usia 40 tahun.
"Kita harus memperhatikan bahawa wanita yang melahirkan pada pertengahan 20-an mengalami tentangan fizik pada saat mencapai usia pertengahan dibanding yang menunggu lebih lama," ujar Dr Kristi Williams seorang pembantu profesor jurusan sosiologi di The Ohio State University, AS.
Dr Williams mengatakan bahawa selama ini fokus yang diberikan adalah kesan buruk melahirkan ketikaremaja, bukan kesan jangka panjang negatif apabila wanita menjadi tua.
Kajian juga memaparkan bahawa wanita yang melahirkan anak dalam ikatan pernikahan lebih sihat saat pada usia 40-an berbanding wanita yang melahirkan tanpa ikatan pernikahan.
Comments