Peminat River Plate meludah Messi
- magedamuda
- Dec 21, 2015
- 1 min read

Marca melaporkan penyokong River Plate telah meludah Lionel Messi di airport Narita Tokyo selepas pasukan Argentina kalah 03 kepada Barcelona dalam kejohanan kelab dunia. Kejadian bermula ketika rombongan Barcelona berdepan dengan sejumlah penyokong lawan di kawasan pemeriksaan pasport. Kerana pasukan kesayangannya kalah, peminat tersebut langsung meneriak skuad Los Azulgranas yang akan bertolak kembali ke Sepanyol.
Messi menjadi sasaran utama kemarahan peminat itu. Mereka meneriak, bahkan cuba meludah La Pulga. Beberapa pemain Barcelona ikut emosi, salah satunya rakan Messi, Javier Mascherano. Tubuhnya sampai bergetar kerana tidak kuasa menahan emosi.
Dia dianggap telah melupakan pasukan yang pernah memberinya makan. Sebelum berkelana ke Eropah, Masche diketahui pernah bermain buat Los Millonarios selama dua musim.
Comments