top of page

Harga minyak menurun, bos Chelsea dan Arsenal rugi

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jan 19, 2016
  • 1 min read

Penurunan harga minyak secara mendadk di Rusia telah menyebabkan beberapa pengusaha kaya kehilangan ratusan juta Pound Sterling dalam waktu 10 hari. Kemerosotan harga ini menjadi khabar buruk bagi kelab Chelsea dan Arsenal yang dibiayai oleh pengusaha dari Rusia.

Mirror melaporkan, pemilik Chelsea Roman Abramovich dan pemegang saham Arsenal Alisher Usmanov telah kehilangan wang dalam jumlah besar akbat kemerosotan harga minyak. Jika digabungkan, keduanya dianggarkan rugi lebih dari satu bilion Pound Sterling sejak awal 2016. Abrahimovich secara peribadi telah rugi sekitar 575 juta Pound Sterling.

Ada kemungkinan ia harus kehilangan perlaburan hartanah berharga di London, New York, dan selatan Perancis jika harga minyak terus merosot lebih banyak. Abramovich membeli the Blues pada 2003. Ia kemudian mengubah kelab Liga Perdana Inggeris tersebut menjadi kelab digeruni di bola sepak Eropah.

Usmanov, sementara itu, memiliki sepertiga sahamnya di kelab Meriam London (Arsenal). Ia dilaporkan telah rugi 638 juta Pound Sterling.

Ia meningkatkan sahamnya secara bertahap sejak pertama kali melabur pada Ogos 2007. Saham lelaki berusia 62 tahun ini berjumlah 30 peratus sejak Oktober 2013.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page