top of page

'Syarat tambahan juga akan bantu perniagaan Vida'

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jan 20, 2016
  • 1 min read

Saya juga mahu permintaan saya dipersetujui, demikian kata penaja utama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) Dr Hasmiza Othman. Oleh sebab 33 syarat tambahan itu masih dalam perbincangan, katanya ia tidak diumumkan lagi selaras dengan nasihat yang diberikan oleh peguamnya.

Jelasnya bukan hanya demi membantu pasukan Kelantan itu syarat yang diletakkan olehnya juga perlu diambil kira demi kepentingan pasaran produknya.

"Kita masih meneliti syarat-syarat itu dan juga untuk peguam saya mengkajinya. Dan di sebelah pihak pula adakah mereka bersetuju dengan permintaan saya yang lain. Ianya adalah untuk memastikan apa yang saya mahukan itu menjadi kenyataan juga membantu bola sepak dan bantu perniagaan saya sendiri,"katanya kepada Berita Daily sewaktu ditemubual baru-baru ini.

Vida bukan sengaja mahu membiarkan penyokong pasukan negeri itu untuk terus berteka-teki mengenai 33 syarat tambahan yang dikemukakan dalam perjanjian penajaan pasukan tersebut sebelum ini. Sebaliknya, beliau perlu memperkemaskan syarat-syarat perjanjian tersebut dalam bentuk dokumen rasmi untuk mengelak timbul sebarang masalah di kemudian hari.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page