top of page

Umno Kedah bergolak, mahu Mukhriz diganti

  • Writer: magedamuda
    magedamuda
  • Jan 20, 2016
  • 1 min read

Pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Mukhriz Mahathir dan meminta Perdana Menteri, Najib Razak membuat perubahan segera, kata Timbalan Pengerusi Umno negeri, Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan," katanya dalam sidang akhbar hari ini. Sebelum itu pemimpin Umno negeri mengadakan perjumpaan tertutup di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Seramai 14 ketua Umno bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan, katanya.

Katanya, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar. Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat.

"Mukhriz tidak ada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beliau gagal mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri," tambahnya.


 
 
 

Comentários


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Mums Tums and babies. Proudly created with Wix.com

Follow Us
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Instagram Black Round
bottom of page